Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan kapal pukat tunda langgar syarat lesen perikanan

Polis Marin tahan kapal pukat tunda langgar syarat lesen perikanan

by Air Times News Network

LAHAD DATU, 5 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sebuah kapal nelayan pukat tunda di dapati telah melanggar syarat lesen perikanan semasa menangkap ikan di Perairan Laut Pulau Sakar, Sabah, kelmarin.

Penolong Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, ASP Sudirman Latip Karim berkata, kegiatan kapal tersebut telah dikesan oleh PPM yang sedang melakukan rondaan Op Benteng COVID-19 di persisir pantai.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal tersebut pernah di tahan atas kesalahan yang sama iaitu telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,

“Kapal telah ditahan dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu untuk pemeriksaan lanjut dan diserahkan kepada Jabatan Perikanan Cawangan Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya,

Beliau berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

“Bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500, kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500, dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply