Home Semasa 2 kampung di Sarawak dikenakan PKPD mulai esok

2 kampung di Sarawak dikenakan PKPD mulai esok

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Apr – Kerajaan hari ini telah memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 2 kawasan perkampungan di Sarawak mulai esok.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan ia melibatkan Kampung Binyu Baru, Samarahan dan Kampung Binyu Lama, Kuching di Sarawak.

“PKPD akan dilaksanakan mulai 4 April sehingga 17 April 2021,

“Keputusan dibuat bagi memudahkan kawalan COVID-19 dan seterusnya menghalang penularan dalam komuniti di kawasan terlibat,” jelas beliau dalam satu kenyataan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlakunya peningkatan kes jangkitan baru COVID-19 di kedua-dua kampung.

Untuk rekod, Kampung Binyu Baru mencatatkan sebanyak 4 kes positif, manakala Kampung Binyu Lama pula mencatatkan sebanyak 57 kes sehingga 1 April lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply