Home Pertahanan dan Keselamatan TARANTULA kereta berperisai pertama buatan Malaysia

TARANTULA kereta berperisai pertama buatan Malaysia

by M.Daim

 

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Ogktvz9HXpQ[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 2 Apr – Kereta Perisai Mobiliti Tinggi (HMAV) 4×4 keluaran MILDEF International Technologies (MILDEF) kini dikenali sebagai Tarantula.

Nama Tarantula dipilih berdasarkan keupayaan kenderaan tersebut untuk beroperasi dalam keadaan pelbagai cuaca di Malaysia.

“Nama kenderaan berperisai ini diambil daripada nama Tarantula iaitu kumpulan labah-labah bertaring yang besar,

“Negara kita mempunyai spesies Malaysian Earthtiger Tarantula yang merupakan unik dan hanya ditemui semenanjung Malaysia,” jelas beliau dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis penamaan kenderaan di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini.

Tarantula merupakan labah-labah berbisa yang mampu untuk membunuh haiwan yang lebih besar.

Terdahulu, Ismail Sabri turut melancarkan lambang baharu HMAV 4×4 yang berasaskan keris.

Turut hadir ke majlis ini ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM; panglima-panglima perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia serta Ketua Pengarah Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply