Home Semasa COVID-19: 1,158 penularan tempatan, 20 kes import dikesan

COVID-19: 1,158 penularan tempatan, 20 kes import dikesan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Apr – Malaysia hari ini merekodkan jumlah pesakit sembuh COVID-19 melebihi kes positif iaitu sebanyak 1,377 kes dan ia menjadikan 331,001 kes secara keseluruhan dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter rasminya berkata, jumlah kes baharu hari ini pula mencatatkan sebanyak 1,178 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh dalam negara sebanyak 346,678 kes.

Daripada jumlah baharu itu, terdapat 20 kes import dan 1,158 kes membabitkan penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,399 kes.

Beliau berkata, Sarawak mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 238 kes hari ini.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 237 kes dan Pulau Pinang sebanyak 190 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, terdapat 163 kes kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 6 kematian, sekali gus menjadikan jumlah keseluruh ke kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,278 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply