Home SemasaGlobal 4 maut termasuk kanak-kanak dalam kes tembak di California

4 maut termasuk kanak-kanak dalam kes tembak di California

by Air Times News Network

LOS ANGELES, 1 Apr – Sekurang-kurangnya empat terbunuh termasuk seorang kanak-kanak dalam insiden tembakan di sebuah kompleks pejabat Orange di selatan California, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang waktu tempatan.

Menurut Jabatan Polis Orange, penyerang telah melepaskan tembakan kepada anggota polis yang tiba ke tempat kejadian.

“Penyerang berjaya ditahan dan dihantar ke hospital selepas cedera dalam kejadian tembak-menembak,

“Situasi kini stabil dan tiada ancaman kepada orang ramai,” kata kenyataan itu.

Sehingga kini pihak polis masih belum memberikan perincian sebenar motif serangan dan jumlah mangsa terlibat.

Sementara itu, Gabenor California, Gavin Newsom menyifatkan insiden tersebut amat menyedihkan.

“Hati kami bersama keluarga mangsa tragedi yang mengerikan malam ini,” ujarnya menerusi satu ciapan di akaun Twitter beliau.

Sebelum ini, AS digemparkan dengan dua kes tembakan besar-besaran di pusat komersil dalam tempoh sebulan.

Kejadian pertama berlaku pada 16 Mac di sebuah pusat SPA di Atlanta yang meragut 8 nyawa.

10 orang maut dalam insiden tembakan kedua di Colorado pada 22 Mac.

Presiden AS, Joe Biden dalam kenyataan berasingan berkata, langkah sewajarnya akan diambil untuk membanteras serangan bersenjata dan mendesak pihak kongres untuk meluluskan undang-undang baru dalam pemilikan senjata api. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply