Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM pintas bot bawa 40 PATI Indonesia ceroboh perairan Johor

TLDM pintas bot bawa 40 PATI Indonesia ceroboh perairan Johor

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 31 Mac – Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya memberkas cubaan penyeludupan 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 4 tekong laut warga Indonesia dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di perairan Tanjung Penawar, malam tadi.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, KD GANYANG turut diaturgerak bersama 3 bot pemintas bagi melaksanakan rondaan Op Benteng Laut di sekitar Teluk Penawar yang menjadi kawasan tumpuan pendaratan PATI.

“RHIB Julong-Julong dan RHIB Pengerang telah mengesan sebuah bot mencurigakan 1.5 batu nautika Tanjung Penawar pada 11.30 malam semasa melaksanakan rondaan di sekitar kawasan tersebut,

“Kedua-dua bot pemintas telah mengejar dan memeriksa bot mencurigakan serta menahan bot untuk tindakan selanjutnya,

“Hasil pemeriksaan awal mendapati seramai 36 orang PATI dan 4 orang tekong laut membuat cubaan masuk ke Malaysia secara haram melalui pintu yang tidak diwartakan,” jelasnya.

Menurut kenyataan itu, kesemua individu yang ditangkap gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dengan menaiki sebuah bot berkapasiti 400 kuasa kuda tanpa permit dan dokumen yang sah.

Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan bernilai RM170,000.00 (RM10,000.00 bot
fiber dan 2 enjin berjenama Yamaha RM160,000.00).
“Kesemua PATI serta tekong laut di bawa ke Jeti LKIM Sungai Musoh dan diserahkan kepada 2 Rejimen Artileri Diraja (2RAD) untuk melaksanakan pemeriksaan dan saringan COVID-19,

“Kemudian PATI akan dibawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan,” tambahnya.

TLDM turut menegaskan, ATM tidak akan berkompromi dalam aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara. Pihaknya juga sentiasa memperkasakan kesiagaan aset-aset Op Benteng Laut dibawah National Task Force (NTF) demi menjaga perairan dan kedaulatan negara. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply