Home Semasa COVID-19: 1,482 kes baharu, 7 kematian hari ini

COVID-19: 1,482 kes baharu, 7 kematian hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Sebanyak 1,482 kes harian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 345,500 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitter rasminya berkata, jumlah kes baharu hari ini mengatasi kes sembuh iaitu sebanyak 1,070 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara 329,624 kes.

Daripada jumlah baharu hari ini, 2 kes import dan 1,480 kes membabitkan penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,604 kes.

Sementara itu, Selangor melaporkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 661 kes.

“Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes dan Sarawak sebanyak 176 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.⠀

Selain itu, katanya, terdapat 164 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 7 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,272 kes. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply