Home Pertahanan dan Keselamatan Affendi dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat

Affendi dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat

by Air Times News Network

TERENDAK, 30 Mac – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM di anugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) di Dataran Parawood Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (8 RRD) (Para), semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam hantaran di media sosialnya berkata, penganugerahan tersebut telah disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

“Penganugerahan ini sebagai tanda pengiktirafan di atas kepimpinan Affendi selama menerajui Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

“Penganugerahan beret dan sayapn penerjunan yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para ini adalah penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara,” katanya.

Affendi turut dipertontonkan dengan persembahan Para War Dance sebagai simbolik kepada penerimaan ahli baru dalam keluarga Beret Merun.

Terdahulu, Affendi turut mengadakan lawatan kerja ke 10 Bgd Para bagi melihat keupayaan atur gerak pasukan berkenaan sebagai salah satu elemen dalam Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima 3 Div, Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal. -airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply