Home Semasa COVID-19: 1,302 angka baharu, Sarawak catat kes harian tertinggi

COVID-19: 1,302 angka baharu, Sarawak catat kes harian tertinggi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Sebanyak 1,302 kes harian baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan positif COVID-19 sebanyak 341,944 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu hari ini mengatasi kes sembuh iaitu sebanyak 1, 127 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh dalam negara 341,944 kes.

Daripada jumlah baharu hari ini, 9 kes import dan 1,293 kes membabitkan penularan tempatan.

Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 14,380 kes.

Sementara itu, negeri Sarawak melaporkan kes baharu harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 426 kes.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 256 kes dan Pulau Pinang sebanyak 212 kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.⠀

Selain itu, katanya, terdapat 169 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat pertambahan sebanyak 4 kes kematian dan ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini mencatatkan sebanyak 1,255 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing 2 kes di Sarawak serta satu di Selangor dan Kedah,

“Kesemua kematian melibatkan warganegara,” ujarnya.

Sementara itu, 3 kluster baharu dilaporkan hari ini yang melibatkan kluster tempat kerja, pusat tahanan dan juga komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply