Home Pertahanan dan Keselamatan 28 PATI, 5 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

28 PATI, 5 tekong ditahan dalam Op Benteng semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Seramai 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 5 tekong telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah mengusir 5 orang PATI dalam 1 aktiviti pengusiran dan merampas 12 kenderaan darat dalam operasi tersebut.

“Pihak berkuasa turut mengesan 80 buah bot atau kapal di perairan melalui 4 aktiviti penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan perkembangan harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain menerusi Op Benteng semalam juga telah menjalankan 257 Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengesahkan seramai 107 individu telah ditahan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Daripada jumlah itu, 89 telah dikompaun, manakala 18 individu direman,

“Aktiviti pusat hiburan (75); tiada penjarakan fizikal (24); gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran pelanggan (2); lain-lain (6),”jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply