SUBANG, 24 Mac – Seorang juruterbang dan pembantu cedera manakala tiga lagi penumpang terselamat apabila helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan kargo Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, hari ini.
Kejadian berlaku sekitar pukul 9.25 pagi ketika helikopter jenis H125 telah menerbangkan 5 lelaki warga tempatan.
Sementara itu, juruterbang dan pembantu yang berusia 55 hingga 53 tahun mengalami kecederaan patah kaki.
Menurut sumber, petugas dari Balai Bomba dan Penyelam Shah Alam dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu bomba LTSAAS dalam penyelamatan.-airtimes.my