Home Semasa 27 PATI bersama 11 kenderaan darat dirampas ceroboh sempadan negara

27 PATI bersama 11 kenderaan darat dirampas ceroboh sempadan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Seramai 27 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bagi mengekang jenayah rentas sempadan serta penularan wabak COVID-19 di negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata, pasukan keselamatan juga telah merampas 11 buah kenderaan darat dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi tersebut juga, pihak berkuasa turut mengesan 117 buah bot atau kapal di perairan melalui 5 aktiviti penglihatan,”katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Melalui Op Benteng semalam juga, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain telah menjalankan 266 Sekatan Jalan Raya (SJR).

“Op Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA telah melaksanakan sebanyak 206 SJR, Op Benteng PDRM (51 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” ujarnya.

Sementara itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 38 individu atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Daripada jumlah itu, 30 dikompaun, dan 8 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal menyediakan peralatan atau merekod diri dan pelanggan (17); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (12); tidak memakai pelitup muka (7); premis beroperasi lebih masa (1); tiada penjarakan fizikal (1),” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply