Home Semasa COVID-19: Malaysia catat 1,575 kes baharu, 3 kematian hari ini

COVID-19: Malaysia catat 1,575 kes baharu, 3 kematian hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan kes baharu harian COVID-19 di Malaysia di bawah angka 2,000 dengan mencatatkan 1,575 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 320,939 kes.

“Daripada jumlah baharu yang direkodkan hari ini, 7 kes import dan 1,568 kes membabitkan penularan tempatan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 17,074,” jelasnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 di Malaysia, hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham mengesahkan, 3 kematian direkodkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan 1,203 kes kematian pada hari ini.

“Seramai 147 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 67 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,”ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 2,042 kes sembuh COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam hari ini, sekaligus mencatat jumlah kumulatif sebanyak 302,662 kes.

Selain itu, negeri Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 751 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 694 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 173 kes dan Johor sebanyak 135 kes,” tambahnya.

Sementara itu, mengenai 3 kes kematian hari ini, Dr Noor Hisham berkata masing-masing direkodkan di 1 kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah.

“Sebanyak 2 kes melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara,”jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata 10 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 5 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply