Home Semasa COVID-19: 1,280 kes baharu hari ini, 9 lagi kematian

COVID-19: 1,280 kes baharu hari ini, 9 lagi kematian

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,345 kes sembuh COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Malaysia sekaligus mengatasi bilangan kes baharu harian iaitu 1,280 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 296,379.

Manakala jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah 316,269 kes.

“Daripada jumlah baharu hari ini, 2 kes import dan 1,278 kes membabitkan penularan tempatan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 18,704, selain itu hari ini 9 kes kematian direkodkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan 1,186 kes,

“Seramai 155 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 76 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, negeri Selangor mencatat kes baharu tertinggi iaitu 464 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 238 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 165 kes dan Sarawak sebanyak 163 kes,” ujarnya.– airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply