Home Semasa COVID-19: 2,076 angka sembuh, 3 hari berturut kes harian bawah 2,000

COVID-19: 2,076 angka sembuh, 3 hari berturut kes harian bawah 2,000

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia sudah 3 hari berturut-turut di bawah angka 2,000 dengan 1,529 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kes baharu tersebut jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah 314,989 kes.

“Daripada jumlah baharu hari ini, 9 kes import dan 1,520 kes membabitkan penularan tempatan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 19,778, selain itu hari ini 8 kes kematian direkodkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan 1,177 kes,

“Seramai 160 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai situasi jangkitan penyakit COVID-19, hari ini.

Dalam pada itu, sebanyak 2,076 kes sembuh COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam hari ini, sekaligus mencatat jumlah kumulatif sebanyak 294,034 kes.

Selain itu, negeri Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 726 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 645 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 252 kes dan Johor sebanyak 120 kes,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai 8 kematian baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata masing-masing 2 kes di Sabah, Pulau Pinang dan Johor, 1 kes di Kuala Lumpur dan Sarawak.

“Sebanyak 7 kes kematian melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata 4 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 3 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply