Home Politik PRU-15: UMNO putuskan tiada kerjasama dengan BERSATU

PRU-15: UMNO putuskan tiada kerjasama dengan BERSATU

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, mesyuarat Biro Politik BERSATU semalam yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU telah membincangkan berkaitan surat Presiden UMNO bertarikh 26 Februari 2021.

“Dalam hal ini, Biro Politik mengambil maklum keputusan MT UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang menyatakan tiada kerjasama dengan BERSATU dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen,

“Sehubungan itu, Biro Politik mengambil ketetapan bahawa pendirian BERSATU akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi BERSATU petang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, pendirian ini juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang bersama parti komponen PN yang lain iaitu Pas, STAR, SAPP dan GERAKAN. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply