Home Pertahanan dan Keselamatan Malaysia manfaat ilmu keselamatan siber melalui kerjasama antarabangsa

Malaysia manfaat ilmu keselamatan siber melalui kerjasama antarabangsa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Malaysia mendapat manfaat tersendiri untuk tingkat upaya tahap keselamatan siber melalui  Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Keselamatan Siber Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus ke-6 (6th ADMM-Plus Experts’ Working Group on Cyber Security, EWG on CS).

Wakil delegasi Malaysia EWG on CS, Kamarul Hafidzan menjelaskan, Malaysia dapat manfaatkan ilmu yang bermanfaat melalui sesi pembentangan oleh negara-negara peserta dalam mesyuarat yang diadakan secara maya selama 2 hari.

Selain itu, ianya dapat membantu negara memainkan peranan dalam merangka kerjasama antara ADMM-Plus dalam bidang keselamatan siber.

“Para peserta mesyuarat telah berkongsikan pengalaman dan cabaran yang dihadapi oleh negara masing-masing,

“Malaysia dapat mengguna pakai ilmu yang dikongsikan melalui pembentangan untuk merangka kerjasama antara negara-negara ahli,”  katanya kepada Air Times selepas menghadiri mesyuarat tersebut, hari ini.

Beliau menambah, pakar-pakar keselamatan siber global telah dijemput untuk berkongsi amalan terbaik dan teknologi terkini kepada negara peserta.

EWG on CS merupakan salah satu daripada 7 komponen kumpulan kerja yang dibentuk di bawah ADMM-Plus.

Menurut Kamarul, kumpulan kerja merupakan salah satu platform yang penting terutamanya dalam mendepani cabaran keselamatan siber.

“EWG on CS merupakan satu platform penting kepada negara-negara ahli memandangkan keselamatan siber adalah satu bidang yang luas,

“Ia memerlukan kerjasama dan kesefahaman di antara negara-negara yang terlibat terutama di bawah ADMM-EWG untuk kitaran 2021-2023,” ujar beliau.

Selain itu, EWG mempunyai peranan tersendiri dalam kerjasama antarabangsa.

“EWG merupakan platform kerjasama pertahanan yang praktikal antara negara-negara anggota,

“Selain membina keyakinan antara negara ahli, ia turut menjadi satu platform untuk bina keupayaan dalam keselamatan siber,” jelasnya.

Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk EWG on CS ke-6 yang berakhir pada hari ini.  Mesyuarat ini disertai oleh anggota ASEAN dan 10 negara rakan dialog Plus.

Ianya merupakan mesyuarat pertama diadakan selepas negara dan Korea Selatan telah dilantik sebagai pengerusi bersama EWG on CS untuk kitaran tahun 2021-2023.

Objektif utama mesyuarat ini adalah untuk membincangkan inisiatif ADMM-Plus dalam keselamatan siber.

Mesyuarat ke-7 dijangka akan diadakan pada lewat tahun ini dengan Korea Selatan sebagai tuan rumah – airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply