Home Semasa COVID-19: 2,528 angka sembuh terus atasi kes baharu hari ini

COVID-19: 2,528 angka sembuh terus atasi kes baharu hari ini

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,528 kes sembuh COVID-19 dalam tempoh 24 jam di Malaysia sekaligus mengatasi bilangan kes baharu harian iaitu 1,555 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini adalah 278,431.

Manakala jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia kini adalah 304,135 kes.

“Daripada jumlah baharu hari ini, 3 kes import dan 1,552 kes membabitkan penularan tempatan,

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 24,563, selain itu hari ini 6 kes kematian direkodkan dan ia menjadikan jumlah keseluruhan 1,141 kes,

“Seramai 204 pesakit COVID-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 96 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, negeri Selangor mencatat kes baharu tertinggi iaitu 672 kes.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 573 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan,

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 163 kes dan Sarawak sebanyak 159 kes,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai 6 kematian baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata 3 kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sabah, Kuala Lumpur, dan Perak.

“Sebanyak 5 kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata 7 kluster baharu dikesan hari ini melibatkan 6 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply