Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat komited laksana Projek Jiwa Murni bantu rakyat terjejas COVID-19

Tentera Darat komited laksana Projek Jiwa Murni bantu rakyat terjejas COVID-19

by Nurulhuda

SIMUJAN, 23 Feb – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited melaksanakan Projek Jiwa Murni (PJM) yang dirancang diseluruh negara terutama dalam membantu golongan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

TDM dalam hantaran di media sosialnya berkata, kesemua projek yang telah dikenal pasti dan dirancang melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Pelancaran PJM sempena sambutan Hari Tentera Darat ke-88 di perkarangan kediaman saudara Rahim Bujang Ahmad yang mengidap penyakit stroke.

Projek pembaikan rumah tersebut dilaksanakan oleh anggota daripada 3 Skuadron Ketiga Rejimen Askar Jurutera Diraja (3 Skn RAJD) dan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Gedong, Datuk Mohd Noroden Majais.

Menurut Zamrose, keseluruhan projek ini melibatkan kerjasama serta peruntukan daripada kerajaan negeri, pemimpin setempat dan badan bukan kerajaan (NGO). Jumlah projek-projek seumpama ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

“PJM di Sarawak, kerajaan negeri Sarawak telah bersetuju untuk memberikan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi melaksanakan PJM meliputi tiga kawasan iaitu Gedong, Simunjan dan Sadong Jaya,

“Sejumlah RM 500,000.00 telah diperuntukkan bagi PJM di Gedong, manakala baki selebihnya akan diperuntukkan bagi Simunjan dan Sadong Jaya,” katanya.

Zamrose turut berkata, sebanyak 17 buah PJM sedang dilaksanakan di Gedong, meliputi kerja-kerja seperti membaik pulih 12 buah rumah, membina 3 titi baru bagi 3 buah rumah, menyelenggara tanah perkuburan Islam Gedong serta menyelenggara dan mengecat Masjid Gedong. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply