Home Semasa Selangor kembali catat kes harian tertinggi – Dr Noor Hisham

Selangor kembali catat kes harian tertinggi – Dr Noor Hisham

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Feb – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes dan ia menjadikan jumlah kes meningkat sebanyak 2,192 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah ini, sebanyak 742 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 3,414 kes telah disahkan pulih COVID-19, sekaligus menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di negara ini sebanyak 252,623 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes, ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes dan Sarawak sebanyak 221 kes,

“Sebanyak 109 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19, hari ini.

Menurutnya, seramai 199 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 91 kes daripadanya memerlukan pernafasan.

Dr Noor Hisham turut mengesahkan 8 kes kematian dicatatkan hari ini melibatkan 3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 2 kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak, dan Negeri Sembilan.

“Sebanyak 6 kes kematian melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan 8 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 7 kluster berkaitan tempat kerja dan satu melibatkan kluster komuniti. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply