Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 3 pekerja asing cuba bawa masuk PATI Indonesia di Serudong

Tentera Darat tahan 3 pekerja asing cuba bawa masuk PATI Indonesia di Serudong

by Nurulhuda

TAWAU, 21 Feb – Cubaan 3 individu untuk membawa masuk seorang wanita dan dua orang kanak-kanak perempuan warga Indonesia melalui lorong tikus gagal, apabila mereka ditahan oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di Serudong, semalam.

Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia (5 Div) berkata, kesemua mereka yang berusia di antara 3 hingga 42 tahun itu ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan tanggungjawab 5 Div.

“Pada awalnya anggota bertugas mengesan 3 individu menaiki 2 buah motosikal dalam keadaan yang mencurigakan, kemudian didapati seorang wanita bersama 2 orang kanak-kanak perempuan sedang berjalan dari arah sempadan Indonesia menuju ke arah motosikal terbabit,” jelas 5 Div dalam hantaran Facebook rasminya.

Menurutnya, kesemua individu dan kanak-kanak yang ditahan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil siasatan lanjut mendapati 3 orang lelaki PATI ini merupakan pekerja di Ladang Usahawan Borneo yang dipercayai membantu untuk membawa masuk PATI wanita dan kanak-kanak tersebut ke Malaysia,

“Pihak keselamatan turut merampas 2 buah motosikal jenis Honda Wave CL dan 2 buah telefon bimbit dengan hasil rampasan dianggarkan bernilai RM 12,000.00,” tambahnya.

Kesemua PATI dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kalabakan untuk diambil tindakan lanjut.

Markas 5 Div menambah, pihaknya akan terus akan mempertingkatkan lagi kawalan sempadan bagi mengekang kemasukan PATI ke dalam negara bagi memastikan Op Benteng dapat diperkukuhkan lagi dari sebarang ancaman luar yang mampu mengangu gugat keselamatan negara. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply