Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Dron ATM bantu cekup 15 PATI baru tiba dari Indonesia

Dron ATM bantu cekup 15 PATI baru tiba dari Indonesia

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 18 Feb – Cubaan 15 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia memasuki negara ini secara haram gagal, selepas ditahan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di sekitar kawasan Sungai Buntu, Johor.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div ) berkata, 2 tangkapan tersebut adalah hasil maklumat daripada anggota petugas Pos Pemerhati yang mengesan kelibat orang awam dipercayai PATI sedang berlari ke arah hutan.

Pasukan kemudian telah mengaturgerakkan Tim Quick Reaction Force (QRF) bersama Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ke lokasi untuk membuat penjejakan serta penggepungan di sekitar kawasan Kampung Nelayan hingga ke belukar tepi pantai Sungai Buntu.

“Hasil serbuan sekitar jam 10.00 pagi telah berjaya menangkap 12 PATI,

“Seterusnya pada jam 10.55 pagi 3 PATI yang sedang bersembunyi berhampiran kawasan tersebut turut ditangkap,

“Keseluruhan 15 PATI terdiri daripada 11 lelaki dan 4 perempuan berusia sekitar 17 hingga 55 tahun dipercayaibaru tiba ke negara ini,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM21,568.96 melibatkan matawang Malaysia RM 10,051.96 dan matawang Indonesia IDR 4,957,900.00 Rupiah (RM 1,426.08) bersama telefon bimbit, jam tangan serta pelbagai jenis barang kemas.

“PATI telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),

“Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” tambahnya.

Menurut 3 Div, pihaknya telah mengaturgerakkan Tim QRF untuk meneruskan penjejakan bagi mencari saki baki PATI di kawasan tersebut. –airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply