Home SemasaGlobal COVID-19 ragut nyawa 2 anak harimau putih di Pakistan

COVID-19 ragut nyawa 2 anak harimau putih di Pakistan

by M.Daim

ISLAMABAD, 14 Feb – Dua ekor anak harimau putih berusia 11 minggu di sebuah zoo disyaki maut akibat COVID-19.

Kedua-dua haiwan malang terbabit dilaporkan mati pada 30 Januari lalu selepas mendapat rawatan Parvovirus (feline panleukopenia).

“Mereka pada mulanya diberikan rawatan selepas disyaki dijangkiti Parvovirus. Namun, bedah siasat ke atas kedua-dua anak harimau mendapati mereka maut akibat COVID-19,” kata Timbalan Pengarah Zoo Lahore, Kiran Saleem dipetik oleh Reuters.

Menurut beliau, bedah siasat mendapati paru-paru haiwan terbabit menunjukkan kesan jangkitan teruk.

Pakar patologi merumuskan kedua-dua anak harimau terbabit dijangkiti oleh COVID-19.

“Selepas kematian haiwan tersebut, pihak zoo telah mengarahkan kesemua pekerja termasuk penjaga harimau untuk menjalani ujian saringan COVID-19,

“Ini menunjukkan kedua-dua anak harimau terbabit dijangkiti COVID-19 dari penjaga mereka,” jelas Kiran. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply