Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Pengebumian veteran tertua RAMD: Tiada istiadat ketenteraan kerana COVID-19

Pengebumian veteran tertua RAMD: Tiada istiadat ketenteraan kerana COVID-19

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=4mGVuq8J5Xs[/embedyt]

 

PORT DICKSON, 10 Feb – Jenazah veteran tertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Prebet Ujang Mormin telah selamat disemadikan di Pusara RAMD pada pukul 2.15 petang.

Jenazah Allahyarham tiba di Pusara RAMD pada pukul 12.58 tengah hari dan diiringi oleh anggota Batalion Pertama RAMD (1RAMD).

Ujang Mormin, 100 tahun, anak kelahiran Rembau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh kerana jangkitan COVID-19 kira-kira pukul 5.05 petang semalam.

Pengebumian Allahyarham dilaksanakan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Keranda jenazah diusung oleh 8 orang anggota dari 15 RAMD yang lengkap memakai Alat Pelindungan Diri (PPE).

Keranda jenazah diusung oleh 6 orang anggota dari 15 RAMD yang lengkap memakai Alat Pelindungan Diri (PPE). Manakala van jenazah pula diselaraskan oleh Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (4 Div) dengan hanya 2 anggota (pemandu dan pengiring memakai PPE) dibenarkan.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan waris Allahyarham turut hadir menyaksikan upacara ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain menyerahkan bendera sebagai simbolik dari Tentera Darat Malaysia (TDM)

“TDM berhasrat untuk memberikan penghormatan dengan penuh istiadat ketenteraan kepada Allahyarham,

“Namun begitu, hasrat tersebut terpaksa dilupakan berikutan penularan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Zamrose semasa sidang media khas di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson.

Beliau menambah, acara sebegini sudah memadai untuk menzahirkan penghormatan TDM kepada Allahyarham Ujang.

Selain itu, Zamrose turut menyampaikan ucapan takziah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Kolonel Yang Dipertua RAMD, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah; Perdana Menteri, Tan Sri Muhyyidin Yassin dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Allahyarham Ujang merupakan generasi terawal yang menganggotai RAMD sebelum Perang Dunia ke-2 meletus.

Beliau terlibat dalam Pertempuran Pasir Panjang ketika tentera Jepun melaksanakan serangan besar-besaran di Singapura. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply