Home SemasaGlobal Filipina kerah tentera laut ke Laut China Selatan

Filipina kerah tentera laut ke Laut China Selatan

by Nor Azlan Mohd Nor

MANILA, 10 Feb – Filipina akan mempertingkatkan lagi kehadiran dan kawalan tentera lautnya di Laut China Selatan untuk melindungi nelayannya.

Menurut Ketua Angkatan Tentera Filipina yang baru, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana, Filipina telah membantah undang-undang baru China yang membenarkan Agensi Pengawal Pesisir Pantai (China Coast Guard) untuk menaiki dan melepaskan tembakan ke kapal asing di perairan yang dianggap wilayahnya.

“China telah mengumumkan bahawa pihak berkuasa mereka akan melepaskan tembakan ke arah kapal yang memasuki wilayahnya,

“Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab kerana rakyat filipina pergi ke kawasan yang dipertikaikan bukan untuk berperang tapi untuk mencari nafkah untuk kelangsungan hidup,

“Kami akan meningkatkan kawalan dengan menghantar lebih banyak tentera laut meronda,

“Kita tiada sebarang niat untuk berperang dengan China, kita hanya melindungi rakyat filipina, kata Sobejana.

Sebulan yang lalu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, telah menyatakan bahawa amat penting untuk melaksanakan perjanjian pertahanan dengan Manila, ianya perlu dilakukan bagi mempertahankan Filipina sekiranya diancam peperangan.

Sementara itu, Kedutaan Besar China di Manila masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan isu terbabit. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply