Home SemasaGlobal Jepun dakwa kapal China dilengkapi senjata masuki perairan Senkaku

Jepun dakwa kapal China dilengkapi senjata masuki perairan Senkaku

by Air Times News Network

TOKYO, 7 Feb – Pengawal Pantai Jepun mendakwa dua kapal China yang dilengkapi senjata telah memasuki perairan kepulauan Senkaku, pada awal pagi semalam.

Kepulauan Senkaku atau Dai-Yo merupakan kawasan tuntutan bertindih antara Jepun dan China.

Pertikaian berhubung kedaulatan Pulau di Laut China Timur ini tegang kerana kedudukan strategiknya yang mampu jadi pusat maritim dan ketenteraan.

Menurut laporan berita Reuters, dua kapal pengawal persisir termasuk kelas kapal kedua terbesar China telah dikesan memasuki perairan tersebut sekitar jam 4.45 pagi, semalam.

“Dua kapal tersebut dikesan menghampiri dua bot nelayan Jepun yang menjalankan aktiviti di kawasan itu,

“Satu dari dua buah kapal China tersebut dilengkapi senjata yang dilihat di luar wilayah yang menjadi kawasan pertindihan itu,” kata laporan itu.

Setelah mendapat maklumat, Pengawal Pantai Jepun berkata pihaknya telah menghantar kapal ke kawasan itu bagi melindungi bot nelayan terbabit.

Pengawal telah mendesak kapal China itu meninggalkan kawasan perairan tersebut dan mereka telah berbuat demikian.

Terdahulu, China telah meningkatkan jumlah pengoperasian di sekitar kepulauan Senkaku dalam usaha untuk menguji keberanian Tokyo mengenai tuntutan ke atas kepulauan tersebut.

Undang-undang penggunaan senjata bagi Pengawal Persisir Pantai China yang diperkenalkan membolehkan mereka mengambil semua langkah yang diperlukan termasuk penggunaan senjata terhadap mana-mana organisasi asing yang melanggar kedaulatan dan bidang kuasa negara itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply