KUALA LUMPUR, 6 Jan – Syarikat pengeluar automobil Jerman, Porsche AG dijangka akan membuka kilang pemasangan keretanya di negara ini.
Menurut Bloomberg, Porsche dijangka akan mengadakan kerjasama dengan anak syarikat Sime Darby, Inokom Corp.
“Perancangan membuka kilang di Kedah akan memberikan ransangan ekonomi kepada Malaysia,” kata laporan itu.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Porsche, Christian Weiss menyatakan rantau Asia Tenggara mempunyai potensi pasaran yang baik.
“Porsche akan terus menilai pilihan untuk memperkembangkan lagi pasaran dirantau ini,” katanya. – airtimes.my