Home Politik Kerajaan Pakatan Harapan jatuh sebab pilih Anwar jadi PM – Tun M

Kerajaan Pakatan Harapan jatuh sebab pilih Anwar jadi PM – Tun M

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan bahawa punca kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh bukan kerana peletakannya sebagai Perdana Menteri (PM) ketika itu.

Beliau berkata kejatuhan kerajaan PH sebenarnya disebabkan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan di kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Jika PH menamakan saya, segala-gala yang berlaku sekarang tidak akan berlaku,” kata Tun M menerusi hantaran di media sosialnya hari ini.

Katanya, bagi mengulas buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai ‘surrender of power’, penyerahan balik kuasa yang sukar difaham.

“Saya pula tidak faham kenapa peletakan jawatan itu sukar difaham. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang saya menjadi Pengerusi telah tolak nasihat saya supaya tidak tergesa-gesa keluar dari PH,

“Ini bermakna parti saya tidak lagi mempunyai kepercayaan kepada saya. Mereka menyokong Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan memutus untuk keluar dari PH dengan serta merta,” katanya.

Menurutnya, setelah tidak mendapat kepercayaan dari parti, beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.

“Saya dilantik jadi PM kerana saya Pengerusi Bersatu. Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi PM. Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai PM,

“Walaupun saya minta supaya Bersatu tangguh keputusan keluar dari PH, tetapi pada malam 23 Februari 2020, Bersatu telah ada majlis makan malam bersama PAS dan UMNO, iaitu gabungan parti-parti yang dirancang oleh Muhyiddin untuk menjadi kerajaan apabila PH jatuh,

“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi kerajaan,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, veteran DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat kejatuhan kerajaan PH disebabkan Tun M meletak jawatan.

Tun Dr Mahathir turut mengakui Anwar Ibrahim memang berminat untuk menjadi Perdana Menteri.

“Tetapi kerana PH hilang majoriti di waktu saya letak jawatan, Anwar tidak dapat ganti saya. Kemudian semua 222 wakil rakyat diberi peluang oleh Yang di-Pertuan Agong untuk cadang calon mereka untuk jadi Perdana Menteri,

“PH yang sepatutnya cadang saya, telah cadang Anwar konon kerana ia mendapat cukup bilang disebabkan sokongan dari Sabah dan Sarawak. Tetapi Anwar hanya dapat 92 pencalonan dari PH sahaja,

“Sabah dan Sarawak tolak Anwar. Saya dapat 62 pencalonan kerana PH tolak saya. Jika PH calon saya seperti yang saya berhak dapat, saya akan dapat 154 undi. Saya sanggup kembali sebagai Perdana Menteri walaupun Bersatu tolak saya,” jelasnya.

Tambahnya, setelah pencalonan di hadapan Yang di-Pertuan Agong gagal untuk menentukan Perdana Menteri baharu, Anwar dan pemimpin PH datang berjumpanya dengan mencadangkan beliau sebagai PM.

“Saya letak syarat nama Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri tidak disebut. Pada hari esok syarat saya dipersetujui,

“PH berjaya mendapat 114 wakil rakyat yang menyertai kumpulan baru ini. Tetapi sebelum dapat dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Muhyiddin sudah dipilih oleh Agong,

“Yang jelas ialah tidak mungkin Muhyiddin mempunyai majoriti kerana 114 dari wakil rakyat tidak bersama dengan beliau. Tetapi apabila dilantik sebagai PM beberapa penyokong kumpulan PH ditawar jadi Menteri, oleh Muhyiddin. Maka ia pun memperoleh majoriti,” katanya lagi. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply