KUALA LUMPUR, 4 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 4,571 kes baharu COVID – 19 dalam masa 24 jam dengan 17 kematian direkodkan, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan penularan dalam negara adalah 231,483 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 48,771 kes.
Daripada jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 4,568 kes tempatan manakala 3 lagi kes import.
Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, terdapat 4,092 kes sembuh sepenuhnya dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 181,886 kes.
Sehingga hari ini, sebanyak 308 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 135 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Manakala, negeri Selangor masih merekodkan pertambahan kes harian tertinggi sebanyak 2,056 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu adalah 74,069 kes.
Ini diikuti oleh negeri Johor sebanyak 664 dan Kuala Lumpur sebanyak 481 kes.
Beliau turut memaklumkan sebanyak 10 kluster baharu COVID-19 dikenal pasti pada hari ini. Manakala 440 kluster termasuk 1 kluster yang tamat hari ini iaitu Kluster Desa Setapak.
“Kluster yang dikenal pasti melibatkan 6 kluster berkaitan tempat kerja dan 4 kluster komuniti,
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Persiaran Perkilangan (362 kes), Kluster Industri Serkam (201 kes), dan Kluster Jalan Perindustrian (150 kes).,” ujarnya. – airtimes.my