Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota keselamatan sanggup berhujan, berpanas demi nyawa rakyat – Ismail Sabri

Anggota keselamatan sanggup berhujan, berpanas demi nyawa rakyat – Ismail Sabri

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OCvMw1B4AWI[/embedyt]

 

GOMBAK, 1 Feb – Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan anggota keselamatan memberi pengorbanan yang besar kepada rakyat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut beliau, ini dapat dilihat dengan jelas melalui penglibatan mereka dalam Operasi Penawar (Op Penawar) dan Op Benteng (Op Benteng).

“Sudah tentu kita lihat pada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan agensi penguatkuasa lain melaksanakan tugas mereka tanpa mengira waktu serta cuaca,

“Mereka bertugas untuk menjaga keselamatan nyawa kita semua, jadi itulah sebuah pengorbanan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas membuat tinjauan di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Gombak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anggota keselamatan bertugas untuk menjaga keselamatan nyawa kita semua, jadi itulah sebuah pergorbanan. Foto: Airtimes/Firdaus

Menyentuh Op Benteng, Ismail Sabri menjelaskan operasi tersebut dilaksanakan bagi membendung kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sempadan.

“Saya pergi sendiri melihat mereka (pasukan keselamatan) bertugas di sempadan negara, di dalam hutan tebal, mereka sanggup menjaga nyawa dan juga keselamatan kita,

“Jadi inilah pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan dalam waktu PKP ini,” tegasnya.

Terdahulu, Ismail Sabri membuat tinjauan SJR di Jalan Pasar Sentul dan Plaza Tol Gombak, selain turut menyerahkan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan.

Turut hadir dalam tinjuan itu, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply