Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM1.5juta

Polis Marin rampas rokok seludup bernilai RM1.5juta

by Nurulhuda

TUMPAT, 30 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor telah merampas 10,000 karton rokok putih bernilai RM1.5 juta di Kampung Chempaka, Kota Bahru, hari ini.

Komander PPM Wilayah Tiga ACP Norzaid Muhammad Said berkata anggotanya telah menemui rokok seludup itu selepas menahan sebuah lori yang memasuki lorong tali air dari Kampung Chempaka menghala Kampung Cherang jam 6.30 pagi tadi.

“Anggota bertugas telah membuat intipan dan serbuan selepas mengekori sebuah lori di percayai membawa rokok tidak sah yang di percayai baru di seludup masuk dari negara jiran bagi tujuan pengedaran di negara ini,

“Dua lelaki dipercayai warga tempatan yang merupakan pemandu lori dan kelindan berjaya melarikan diri kerana menyedari laluan lorong berkenaan dihalang pasukan polis,

“Kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan gagal dikesan,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM Wilayah Tiga, hari ini.

Norzaid menjelaskan, hasil pemeriksaan ke atas lori tersebut, mendapati 200 kotak mengandungi 10,000 karton rokok putih berkenaan.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan di serah kepada Pegawai Penyiasat IPD Kota Bharu, Kelantan bagi proses Pendakwaan,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply