Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Murni: 5 Briged agih bantuan kemanusiaan mangsa banjir di Sabah

Op Murni: 5 Briged agih bantuan kemanusiaan mangsa banjir di Sabah

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 30 Jan – Anggota tentera di bawah pemerintahan Markas Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Briged) telah melaksanakan pengagihan dan penghantaran bantuan kemanusiaan kepada penduduk negeri Sabah yang terjejas akibat bencana banjir, semalam.

Markas 5 Briged dalam satu hantaran di media sosial rasminya berkata, barangan tersebut adalah daripada Sumbangan Bantuan Kemanusiaan (SBK) di bawah Inisiatif Kementerian Pertahanan Prihatin Banjir 2021 Peringkat negeri Sabah.

“Penyerahan melalui program SBK ini membabitkan barangan keperluan seperti tilam lipat, selimut, baju sejuk kanak-kanak, telekung, kain batik, kain pelikat, kain tuala, dapur gas dan hygiene kit,

“SBK ini akan diserahkan kepada para pemimpin di setiap kawasan yang terjejas untuk diagihkan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sebanyak 13 daerah terlibat dalam pengagihan SBK ini iaitu Beaufort, Papar, Kudat, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud, Silam, Putatan, Sepanggar dan Penampang. –airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply