Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM usir 25 bot nelayan Indonesia

TLDM usir 25 bot nelayan Indonesia

by Nor Azlan Mohd Nor

LUMUT, 25 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya mengusir 25 bot nelayan dari Indonesia yang menceroboh masuk ke perairan negara pada petang tadi.

Kapal TLDM, KD MAHAWANGSA yang sedang melaksanakan operasi Op Benteng Laut telah menerima maklumat daripada hasil tinjauan udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenai pencerobohan bot nelayan asing.

KD MAHAWANGSA telah berjaya mengesan 25 bot nelayan asing yang tidak memiliki nombor pendaftaran dan mengibarkan bendera Indonesia kira-kira 52 batu nautika Tenggara Pulau Perak.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TLDM, KD MAHAWANGSA telah mengusir kesemua bot nelayan asing terbabit keluar dari perairan negara.

TLDM sentiasa memperkukuhkan sempadan perairan negara daripada dicerobohi demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply