Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat tahan 18 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

Tentera Darat tahan 18 PATI Indonesia ceroboh masuk Malaysia

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menceroboh perairan Malaysia dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di Teluk Romania, Johor, pada 23 Jan lalu.

Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA), telah mengesan pergerakan bot mencurigakan menghala ke arah Teluk Rumania.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pasukan telah mengatur gerakkan Tim Quick Reaction Force (QRF) dan Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) ke lokasi kejadian. Pasukan telah membuat penjejakan dan mengepung kawasan tersebut serta menahan 18 PATI yang bersembunyi disekitar kawasan berkenaan,

“Kesemua 18 PATI yang ditahan terdiri daripada 5 lelaki dan 13 wanita berusia lingkungan 28 hingga 51 tahun dipercayai baharu tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah,

“Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM16,918.91 melibatkan wang tunai matawang Ringgit Malaysia dan matawang Rupiah Indonesia, telefon bimbit, jam tangan serta barang kemas,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply