Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: ‘Mata di Udara’ kesan PATI

Op Benteng: ‘Mata di Udara’ kesan PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Selain memperolehi maklumat dari masyarakat setempat, kejayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberkas kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam Operasi Benteng (Op Benteng) turut didorong oleh penggunaan teknologi terkini.

Biarpun bersaiz kecil, dron merupakan salah satu elemen penting dalam Op Benteng dalam menjaga kedaulatan di persempadanan negara. Ianya juga membantu pasukan yang beroperasi memeriksa dan memantau lorong-lorong tikus serta laluan keluar masuk yang menjadi sasaran PATI menyusup masuk ke negara ini.

“Dron yang digunakan mempunyai keupayaan infra merah,

“Keupayaan ini secara langsung membantu anggota tentera untuk mengesan pergerakan PATI menerusi haba,” kata Mohd Syafiq Mohd Disa dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP).

Menurut beliau, dron telah digunakan semenjak hari pertama Op Benteng dilancarkan.

“Selain PATI, dron turut digunakan untuk memerhati gerak-geri tekong dan penyeludup,

“Pada masa yang sama, ia digunakan untuk meninjau kawasan panas yang telah dikenalpasti,” ujarnya.

Tim Dron BSPP sangat membantu pihak kami, sepanjang pengoperasian Op Benteng, lebih dari 20 hingga 30 tangkapan PATI telah dikesan – Leftenan Kolonel Norazri Mohd Noor. Foto: Airtimes/Firdaus

Dalam masa yang sama, Pegawai Memerintah dari salah satu rejimen Kor Armor Diraja (KAD) yang melaksanakan Op Benteng di kawasan tanggungjawab (KTJ), Leftenan Kolonel Norazri Mohd Noor berkata, Tim Dron BSPP turut membantu pasukannya melaksanakan pengesanan keatas PATI yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di kawasan hutan berhampiran.

“Bantuan daripada Tim Dron BSPP sangat berkesan, dan sepanjang kami berada di sini, boleh dikatakan lebih dari 20 hingga 30 tangkapan PATI telah dibantu oleh pihak Tim Dron BSPP,” tambahnya.

Penggunaan dron ini merupakan antara faktor pengganda keupayaan ATM dalam memastikan keberkesanan pengoperasian Op Benteng.

‘Mata di udara’ ini mampu diaturgerakan dalam masa yang singkat. Ia juga mampu untuk beroperasi untuk jangkamasa yang panjang. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply