Home Semasa Masih degil, 752 individu ditahan ingkar PKP

Masih degil, 752 individu ditahan ingkar PKP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Seramai 752 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 718 individu telah dikompaun dan 34 lagi direman.

Beliau berkata, antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP termasuk tidak memakai pelitup muka membabitkan 227 individu, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (137), tiada penjarakkan fizikal (128), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (73), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (39) dan lain-lain (98).

“Semalam, sebanyak 2,778 Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 53,961 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

PDRM turut melaksanakan 443 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara.

“Ia melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM),” katanya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri Yaakob turut menjelaskan, Op Benteng yang dilaksanakan semalam telah menahan 57 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 10 kenderaan darat dirampas. –airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply