Home SemasaGlobal Pengunduran Tentera AS dari Somalia selesai

Pengunduran Tentera AS dari Somalia selesai

by Nor Azlan Mohd Nor

NAIROBI, 18 Jan – Tentera AS mengatakan pengunduran pasukannya dari Somalia telah selesai, ini adalah berikutan rancangan fasa terakhir dalam pentadbiran Presiden Donald Trump.

Beberapa pakar telah memberi amaran bahawa pengunduran kira-kira 700 anggota tentera AS berlaku pada masa terburuk untuk Somalia, ini kerana dengan adanya kumpulan pejuang Al-Shabab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaida.

Kumpulan pejuang ini yang mempunyai kira-kira 5,000 hingga 10,000 pejuang ini akan terus menyerang sasaran ketenteraan dan orang awam bahkan di ibu negara, Mogadishu.

Pengunduran itu diumumkan pada akhir tahun lalu, dan ianya dilakukan kurang dari sebulan sebelum Somalia diatur untuk mengadakan pilihanraya nasional. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply