Home Semasa COVID-19: Kerajaan belanja RM 1 bilion beli peralatan tambahan perubatan

COVID-19: Kerajaan belanja RM 1 bilion beli peralatan tambahan perubatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan kerajaan mengambil serius dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19.

Menurut beliau, kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM 1 bilion bagi memenuhi matlamat pertama Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI) iaitu Memerangi Wabak COVID-19.

“Sebanyak RM 800 juta diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala RM200 juta kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta agensi-agensi terlibat,” katanya semasa pengumuman khas PERMAI.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan ini akan memberi fokus kepada bekalan tambahan reagen, kit saringan, dan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas kesihatan.

Pada masa yang sama, Muhyiddin menegaskan program vaksinasi negara adalah masih kukuh. Malaysia telah menandatangani 3 perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin global.

‘Sebanyak RM 3 bilion diperuntukkan khusus bagi perolehan vaksin. Kita akan menerima bekalan vaksin pertama pada penghujung Februari ini,

“Ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama,” ujarnya.

Muhyiddin menegaskan garis panduan dan kaedah penentuan individu untuk menerima vaksin akan dihebahkan kepada umum.

“Program vaksinasi akan berjalan secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan mulai Mac ini,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply