Home SemasaGlobal China bina hopital dalam masa 5 hari, hadapi kemungkinan peningkatan COVID-19

China bina hopital dalam masa 5 hari, hadapi kemungkinan peningkatan COVID-19

by M.Daim

BEIJING, 17 Jan – China berjaya membina sebuah hospital yang berkapasiti 1,500 bilik dalam masa 5 hari.

Pembinaan itu merupakan sebahagian daripada 6 buah hospital sedang yang dibina di wilayah Hebei, selatan Beijing.

Menurut Associated Press, sebuah hospital berkapasiti 3,000 bilik sedang dibina di Shijiazhuang, ibu kota Hebei.

“Pembinaan hospital dilakukan dengan melihat perkembangan semasa COVID-19 di negara China,

“Beberapa kluster telah dikesan di sekitar Beijing, Heilongjuang, Liaoning dan Sichuan,” kata laporan AP.

Semenjak Jumaat lalu, China telah melaporkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di beberapa wilayah berkenaan.

“Kadar penularan wabak pada kali ini adalah cepat dan luar biasa.

“Ianya sukar dikawal kerana kita mengesan kes jangkitan baharu sementara ianya telah menular di dalam komuniti,” kata pihak Pesuruhjaya Kesihatan China. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply