KOTA TINGGI, 15 Jan – Pihak Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) telah berjaya menahan seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dalam Op Benteng di Johor.
Pihak Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, 2 tangkapan berasingan telah dilakukan pada 13 dan 14 Januari.
Tangkapan pertama pada 13 Januari dilakukan seawal 3.40 pagi apabila anggota tentera bertugas telah mengesan kehadiran sebuah bot pancung.
“Bot tersebut berada 100 meter dari pantai Teluk Ramunia dan sedang menurunkan PATI ,
“Selain itu, terdapat PATI sedang berkumpul dalam hutan di persisiran pantai berhampiran lokasi sama pendaratan bot,” kata kenyataan itu.
Pihak tentera kemudiannya mengatur gerak tim tindak cepat (Quick Reaction Force, QRF) untuk menjejak dan mengepung kawasan terbabit.
Operasi tersebut turut dibantu oleh pihak Tentera Laut Diraja Malaysia serta dron.
“Pihak QRF berjaya telah berjaya menahan seramai 70 orang PATI dari Indonesia yang terdiri daripada 64 lelaki dan 6 wanita,” jelasnya.
Serbuan kedua pada pagi 14 Januari pula menyaksikan seramai 6 orang lagi ditahan.
“5 orang PATI yang baru tiba telah berjaya ditahan manakala seorang lagi beberapa jam kemudian ketika sedang menunggu bot membawa mereka pulang,
“Tangkapan kedua ini adalah terdiri daripada 5 wanita dan seorang lelaki,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu, kesemua PATI terbabit telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani pemeriksaan serta saringan COVID-19.
“Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai dan kesemua PATI akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya.
Selain itu, Tim QRF sedang meneruskan operasi menjejak dan menahan saki baki PATI yang dipercayai masih bersembunyi di kawsan tangkapan. – airtimes.my
Galeri gambar: