Home Pertahanan dan Keselamatan 2 helikopter TUDM laksana misi hantar 5 tan makanan ke kawasan banjir

2 helikopter TUDM laksana misi hantar 5 tan makanan ke kawasan banjir

by M.Daim

JERANTUT, 11 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan 6 sortie menghantar bekalan makanan kepada mangsa banjir di Ulu Tembeling, semalam.

Sebahagian daripada bekalan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat disalurkan kepada mangsa banjir. – Foto: TUDM

Menurut TUDM dalam satu kenyataan berkata, misi tersebut merupakan sebahagian daripada Op Murni dengan melibatkan 2 buah helikopter EC-725AP dari No. 10 Skuadron.

“Operasi bermula seawal pukul 11 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang,

“Penghantaran telah dilaksanakan ke 5 kawasan terjejas melalui 6 penerbangan,” katanya.

Misi ini diketuai oleh Pegawai Memerintah No 10 Skn, Leftenan Kolonel Muhammad Fazri Md Zin TUDM.

Sebanyak 6 sortie dilaksanakan untuk menghantar 5 tan makanan ke kawasan terjejas banjir di Jerantut – Foto: TUDM

“Melalui misi ini, TUDM telah melaksanakan penghantaran bekalan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM seberat 5 tan,

“Operasi ini turut melibatkan 16 orang anak kapal,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya lagi, operasi ini berjaya dilaksanakan walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Faktor cuaca tidak menjadi penghalang kepada TUDM untuk meneruskan tanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat yang terjejas akibat banjir,” jelasnya lagi. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply