Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kali pertama ATM bina jambatan bawah kelolaan NADMA – Mej Jen Datuk Chapiti

Kali pertama ATM bina jambatan bawah kelolaan NADMA – Mej Jen Datuk Chapiti

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=CuJ7I2RmxUg[/embedyt]

 

RAUB, 9 Jan – Penduduk Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub kini boleh menarik nafas lega apabila anggota 91 Rejimen Bantuan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah selesai membina jambatan sementara bagi memudahkan pergerakan harian penduduk di sekitar kampung berkenaan.

Jambatan Jalan Lechar di Ulu Dong menjadi nadi utama penduduk setempat yang menghubungkan 3 kampung serta perumahan PRIMA Lechar ini runtuh akibat banjir sejak Sabtu lepas.

Sebelum ini jambatan Compact Bailey 200 pernah dibina ditempat lain, kebanyakkan pemasangan adalah untuk mengatasi jambatan yang runtuh akibat banjir – Ketua Jurutera RAJD, Mej Jen Datuk Chapiti Redzwan.

Menurut Ketua Jurutera Rejiman Askar Jurutera Diraja (RAJD), Mejar Jeneral Datuk Chapiti Redzwan, jambatan sementara atau ‘compact bailey’ ini merupakan aset sepenuhnya daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diletakkan di 91 RAJD.

“Sebelum ini jambatan Compact Bailey 200 pernah dibina ditempat lain, kebanyakkan pemasangan adalah untuk mengatasi jambatan yang runtuh akibat banjir,

“Contohnya pada 3 tahun yang lepas, anggota RAJD pernah membuat pemasangan di Sungai Lembing, Kuantan. Tetapi jambatan yang disediakan adalah dari pihak swasta,

“Manakala, untuk pemasangan di Kampung Lechar ini, jambatan disediakan oleh NADMA dan ia merupakan pembinaan pertama kami uruskan di bawah kelolaan NADMA,” katanya kepada pemberita selepas pasukannya berjaya menyiapkan jambatan tersebut.

Mej Jen Datuk Chapiti Redzwan meninjau proses pembinaan jambatan sementara di Kampung Lechar, Raub Pahang

Semalam, Pengarah Lojistik NADMA, Amaluddin Suib berkata, kejayaan ini adalah hasil kerjasama dari pelbagai agensi seperti 91 RAJD, Pejabat Tanah dan Daerah Raub serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Raub.

Beliau berkata, setelah NADMA mengetahui ada jambatan yang runtuh, agensi tersebut telah mengkoordinasikan permohonan kerjasama daripada 91 RAJD.

“Aset-aset milik NADMA yang ditempatkan di 91 RAJD telah digunakan untuk membina jambatan ini,” katanya.

Pembinaan jambatan ini melibatkan 2 orang pegawai dan 45 anggota lain-lain pangkat (LLP) dari 91 Rejimen Bantuan RAJD serta telah siap sepenuhnya semalam. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply