Home Semasa Ahmad Jazlan umum letak jawatan Pengerusi MPOB

Ahmad Jazlan umum letak jawatan Pengerusi MPOB

by Azura Daril

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuatkuasa mulai 6 Januari ini.

Beliau berkata surat perletakan tersebut telah diserahkan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di pejabat beliau sebentar tadi.

“Penghargaan setinggi terima kasih saya ucapkan kepada YB Menteri atas kepercayaan yang diberikan sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB,

“Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh Ahli Lembaga, Pengurusan dan seluruh warga MPOB sepanjang perkhidmatan bersama agensi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Jazlan turut mendoakan MPOB terus maju dan berdaya saing dengan membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang taruhnya.

Semalam, Ahmad Jazlan memberi kata dua kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar segera meminta perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen atau beliau meletakkan jawatan dalam kerajaan.

Dalam pada itu, beliau juga memberi memberi tempoh sehingga hujung bulan ini bagi kerajaan membubarkan Parlimen.

Sebelum ini, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dilantik sebagai Pengerusi MPOB pada 8 April 2020 menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang berkhidmat sehingga 31 Mac 2020. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply