Home Pertahanan dan Keselamatan Terendak Off Road Competency Circuit pertama dalam Tentera Darat

Terendak Off Road Competency Circuit pertama dalam Tentera Darat

by Jassmadi Jakariya

MELAKA, 30 Dis – Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) mencipta sejarah sendiri apabila menjadi pasukan pertama dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) mewujudkan Terendak Off Road Competency Circuit (TOCC) bagi penggendalian kenderaan jenis jentera berat (Kelas B).

TDM dalam hantaran dalam media sosialnya berkata, idea pembinaan litar tersebut dicetuskan sendiri oleh Panglima Markas 3 Div iaitu Mejar Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Menurutnya, pembinaan TOCC direka untuk meningkatkan kemahiran anggota pemandu di dalam mengendalikan kenderaan jenis B di dalam situasi off road.

Dalam pada itu, anggota pemandu diuji dengan beberapa halangan yang diwujudkan sepanjang litar tersebut. Ia sekali gus dapat menilai kreativiti anggota dalam menghadapi tekanan semasa berdepan ujian atau latihan.

“Konsep latihan dilaksanakan secara teori dan praktikal di litar yang mempunyai 11 halangan merangkumi peringkat halangan ringan, sederhana dan mencabar seperti halangan berlumpur (penggunaan pacuan 4 roda/tunda), titi kayu, mendaki bukit dan lereng bukit,

“Penggunaan TOCC ini terbuka kepada seluruh formasi TDM dan bukan sahaja kepada Formasi 3 Div,” tambahnya.

Majlis Perasmian telah dilaksanakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain bersempena lawatan beliau ke Markas 3 Div, semalam.

Turut hadir, Panglima 4 Div selaku pemangku Panglima Medan Barat Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Ya’cob Samiran dan pegawai-pegawai kanan TDM.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply