Home Pertahanan dan Keselamatan Pusat Koreksional Kamunting dan kuarters dikenakan PKPD mulai esok

Pusat Koreksional Kamunting dan kuarters dikenakan PKPD mulai esok

by Shahir Ali

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Kamunting (KEMTA), Taiping, Perak dan kuarters bermula 30 Disember 2020 sehingga 12 Januari 2021.

Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga 24 Disember, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,490 saringan terhadap tahanan dan daripada jumlah itu, 50 didapati positif COVID-19,

“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan untuk mengawal kluster sedia ada dan menghalang penularan kepada banduan lain, kakitangan, ahli keluarga serta komuniti di luar KEMTA,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Ismail Sabri berkata, sejak 24 Julai sehingga semalam seramai 93,728 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 75 hotel, 17 Institut Latihan Awam (ILA) dan Institut Pengajian Swatsa di seluruh negeri.

“Daripada jumlah itu, seramai 7,518 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 540 telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan seramai 85,670 individu telah dibenarkan pulang,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply