Home Semasa 16 NGO desak kerajaan dedah kilang terlibat kartel daging import

16 NGO desak kerajaan dedah kilang terlibat kartel daging import

by Nurul Aini

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=r0T-FVA8hqo[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Seramai 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu kartel daging import, hari ini.

 Pengerusi AMAL Sejagat, Mohd Nor Izzat Mohd Johari menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera berhubung isu tersebut.

 Beliau turut menggesa kerajaan terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menyiasat serta mendedahkan kilang yang terlibat dalam mengimport daging berkenaan.

 “Kami bersetuju dengan Pengerusi Persatuan Pengimport sejuk beku bahawa sudah 8 tahun perkara ini berlaku dan dalam tempoh 3 kali negara bertukar kerajaan,

 “Malah baru semalam Menteri Agama turun ke Senai untuk melihat kilang itu sendiri namun kilang itu tidak mempunyai hak pemilik,

 “Perkara ini perlu didedahkan untuk mengetahui pemilik kilang tersebut, sekiranya kerajaan tidak melakukan tindakan dalam masa 7 hari NGO desak menteri letak jawatan,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis berkaitan isu kartel daging import di IPD Dang Wangi, hari ini.

 Manakala Pengerusi PERKASA, Syed Hassan berkata, kartel daging import ini dipercayai sudah terlalu lama berada di semua pintu masuk perlabuhan dan kargo. Mereka ini tidak dikawal dengan ketat dan telah menguasai pusat-pusat perlabuhan di situ.

 “Pihak berkuasa tempatan haruslah mengambil tindakan tegas dan tidak takut dengan ugutan kartel ini,

 “Isu ini pernah dibangkitkan pada tahun 1998 hingga 2000, namun, tiada siasatan menyeluruh dibuat setelah pengadu membuat laporan. Kami mahu tahu sejauh mana tindakan yang dilakukan terhadap mereka,” tambahnya.

 Syed Hassan turut menyokong cadangan yang dibuat oleh Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkaitan penubuhan RCI kerana banyak pihak yang terlibat dan perlu disiasat.

 “Kami turut menggesa supaya pusat-pusat penyembelihan diberi kepada orang yang mempunyai ilmu penyembelihan dan kerajaan tidak terlalu bergantung kepada daging import dari luar negara sahaja,” ujarnya.

 Sementara itu, Presiden Persatuan Pengimport Daging Halal Muslim Malaysia, Datuk Dr Mohd Noor Ali Akbar menegaskan daging halal penting untuk umat Islam dan menggesa kerajaan untuk menyiasat isu daging tersebut.

 “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAKIM bertanggungjawab ke tas pusat penyembelihan serta kemasukan daging mengikut prosuder yang betul, iaitu melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (Maqis), KKM dan Badan Berkuasa Pelabuhan Bahagian Keselamatan dan kualiti makanan,

 “Beberapa negara tidak mempunyai kelulusan kemasukan daging ke Malaysia telah masuk melalui negeri Johor dan daging telah di ‘repack’ di Senai,

 “Ini adalah sesuatu perniagaan haram yang berlaku di Malaysia selama 40 tahun, kesilapan di Senai hanya berlaku 1 hingga 8 tahun sahaja,

 “Saya berharap hukuman yang berat dan keras akan diambil kepada mereka dan menggesa Perdana Menteri sebagai umat Islam menyokong penubuhan RCI yang dicadangkan oleh Menteri Agama semalam,” tambahnya.

 Sebelum ini, Maqis serta telah menyerbu sebuah stor di Senai, Johor yang didapati meletakkan label halal terhadap daging yang diimport.

 Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdanan Menteri, Hal Ehwal Agama telah membuat tinjauan dan melihat keadaan kilang yang menguruskan daging-daging import.

 Dr Zulkefli berkata, beliau yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dapat menangani isu kartel daging import seludup yang diragui statusnya dengan baik.-airtimes

Related Articles

Leave a Reply