Home Pertahanan dan Keselamatan Majlis Keselamatan Negara serah 50 ribu kit ujian COVID-19 kepada National Task Force

Majlis Keselamatan Negara serah 50 ribu kit ujian COVID-19 kepada National Task Force

by Jassmadi Jakariya

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menyerahkan 50,000 kit ujian saringan COVID-19 kepada National Task Force (NTF).

Pihak NTF dalam satu kenyataan berkata, Test Kit Antigen COVID-19 akan digunakan dalam Operasi Benteng (Op Benteng).

“Kit diterima oleh Komander NTF, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah dari Ketua Pengarah MKN,

“Penyerahan dilakukan dalam satu majlis di 93 Depot Perubatan dan Pergigian Angkatan Tentera,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kit ujian berupa Rapid Test Kit Antigen (RTK-Ag) akan digunakan oleh petugas barisan hadapan Op benteng di Sabah, Johor dan Kedah.

“Peralatan tersebut akan diedarkan secara berperingkat melalui Hospital Angkatan Tentera di ketiga-tiga negeri,” jelas NTF.

Dalam majlis yang sama, Kementerian Pertahanan Thailand menyerahkan 5 unit Negative Pressured Cabinet kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penyampaian dilakukan oleh Penasihat Pertahanan Thailand, Senior Colonel Aroon Kaewset kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply