Home Pertahanan dan Keselamatan Bayi 10 bulan antara 46 PATI ditahan di rumah kongsi Kampung Semaut

Bayi 10 bulan antara 46 PATI ditahan di rumah kongsi Kampung Semaut

by Nurul Aini

BENTONG, 24 Dis –  46 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersama bayi berusia 10 bulan ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Pahang di rumah kongsi kampung Samawond, Genting Highland, Pahang, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Muhammad Hatta Kasim berkata, lokasi penahanan tersebut adalah kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pahang.

“Seramai 33 PATI daripadanya ditahan dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalan yang sah,

“11 daripadanya pula ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan 2 lagi ditahan kerana penyalah guna pas,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhammad Hatta berkata, pemilik tanah juga turut dipanggil untuk siasatan lanjut kerana membenarkan PATI menetap dikawasan tersebut.

“Penempatan ini dijangka sudah ada dalam setahun, ketika PKP pada bulan Mei tetapi waktu itu operasi masih digantung,

“Kita (JIM) telah buat operasi di kawasan Genting, termasuk Ambercourt kecuali di kawasan Samawond adalah kali pertama,” ujarnya.

Operasi bersepadu ini melibatkan 47 pegawai dan anggota Imigresen serta dibantu oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di laluan kawasan berkenaan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 138 ujian saringan keatas PATI yang berada dirumah kongsi tersebut. Hasil saringan dilaporkan negatif,” tambahnya.

Kesemua mereka akan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Kemayan, Bera selama 14 hari untuk ditahan reman.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply