Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM, PGA tahan 2 lelaki miliki 12.29 gram dadah

ESSCOM, PGA tahan 2 lelaki miliki 12.29 gram dadah

by Shahir Ali

KALABAKAN, 19 Dis  – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Batalion ke-14 telah menahan 2 lelaki kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 12.29 gram yang dianggarkan bernilai RM1,200.00, semalam.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, kedua-dua suspek ditahan dalam sebuah kenderaan di kawasan batu 8, Jalan Luasong, Kalabakan, Tawau.

“Kira-kira jam 9.00 malam, pasukan PGA Batalion ke-14 yang melakukan road check point (RCP) manakala ESSCOM pula melakukan rondaan jarak jauh (RJJ) telah mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan,

“Hasil pemeriksaan ke atas badan suspek, pemandu kenderaan telah menyerahkan 1 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 12.29 gram,

“Manakala suspek kedua pula tidak menemui sebarang kesalahan, namun siasatan lanjut mendapati suspek kedua telah mengaku mengambil dadah beberapa hari lalu,” katanya dalam hantaran di media sosial ESSCOM.

Beliau berkata, kedua-kedua suspek yang berumur dalam lingkungan 25-26 tahun telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ahmad Fuad mengesahkan, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 11,200.00 termasuk sebuah kenderaan proton Wira berwarna biru gelap.

Sementara itu, beliau juga menyeru kepada semua lapisan masyarakat khususnya komuniti pesisir pantai agar sentiasa memberikan kerjasama termasuk menjadi mata dan telinga kepada pihak pasukan keselamatan.

“Sebarang perlakuan jenayah yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam serta kes-kes yang melanggar undang-undang negara seperti kes-kes penyeludupan, kes curi dan rompak serta kes-kes kemasukan pati di kawasan ESSZONE perlu dilaporkan kepada pasukan keselamatan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply