Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan lulus perolehan pesawat tempur ringan TUDM – Panglima Tentera Udara

Kerajaan lulus perolehan pesawat tempur ringan TUDM – Panglima Tentera Udara

by Nurul Aini

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=iMJ5jgsSonI[/embedyt]

 

SUBANG, 18 Dis – Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal hari ini menyatakan kerajaan telah meluluskan perolehan tempur ringan untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut beliau, perolehan tersebut adalah melibatkan pesawat dwi-fungsi iaitu  Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (LIFT/LCA).

Antara pesawat yang menjadi pilihan TUDM . CAC/PAC JF-17 Thunder (China-Pakistan)

“Pesawat platform tunggal dwi-fungsi ini perlu memiliki keupayaan yang seimbang dalam melaksanakan peranan untuk melatih juruterbang pesawat pejuang dan pelbagai misi operasi,” katanya semasa sidang media di Pangkalan Udara Subang.

Perolehan LIFT/LCA merupakan salah satu daripada komponen  Pelan Keupayaan 55 (CAP55).

Menurut beliau, kerajaan sebelum ini telah meluluskan Pesawat Rondaan Maritim (MPA), Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS), Radar, dan sewaan helikopter bagi menggantikan Nuri.

“Menyentuh perolehan LIFT/LCA, saya belum mendapat maklumat secara terperinci namun kita tahu bahawa ianya telah diluluskan,

“Kita akan mengkaji cara-cara perolehan pesawat tersebut,” ujarnya.

Ackbal menyatakan perolehan LCA/LIFT merupakan antara perkembangan terbaharu dalam perancangan CAP55 yang akan memasuki Fasa 1 mulai tahun hadapan.

Panglima Tentera Udara menegaskan, Fasa 1 CAP55 merupakan bahagian penting dan kritikal.

“Fasa 1 CAP55 akan bermula pada tahun hadapan dan merupakan bahagian paling kritikal kerana ianya akan memberi kesan kepada hala tuju keseluruhan perancangan,

“Fasa ini juga memberi fokus untuk  menggantikan kesemua aset utama yang melebihi usia 20 ke 30 tahun seperti pesawat Bae Hawk,” jelasnya.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan kepada media, TUDM telah merancang untuk memperolehi sebanyak 36 buah pesawat FLIT/LCA.

Perolehan akan dibuat secara berfasa di mana 18 buah pesawat akan diperolehi terlebih dahulu melalui pendaftaran projek baharu 2021.

“Permohonan untuk perolehan Fasa 2 untuk 18 buah pesawat lagi akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-13,” jelas kenyataan itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply